Ahad, 28 Mac 2010

SALAH SIAPA?

Cikgu Kelas yang tadi bercempera tiada guru,kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin dan amat mengerikan.
Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini.
Nama cikgu ialah ?
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi
sahaja? Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun
ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.



Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-
baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tenteng
perkataan berlawan. Bila
cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab
dengan sepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya
keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid- murid merasa lega
kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau
bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua
soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang
lagi....namun cikgu tadi tetap bingung kerana masih menyoalkan
SALAH SIAPA?

0 ulasan: