Ahad, 21 Ogos 2011

semakin dekat semakin sayu

ramadhan tinggal hanya seminggu sahaja...
tatkala mahu meraikan hari kemenangan...
tatkala itu hati semakin sayu...hiba....

hanya tinggal sisa-sisa waktu...
sisa-sisa masa yang dianugerahkan....
masa yang amat penting bagi pengukur diri...
waktu emas untuk saham masa 'disana'...

hiba sedih rasanya...takut ia berlalu dengan sia-sia
takut ini masa yang terakhir..
bimbang tiada jodoh dengan ramadhan mendatang..

Ya ALLAH berkatilah dan rahmatilah umat Islam dalam Ramadhan ini...
pertemukan kami dengan Ramadhan Mu lagi...
takkan ku sia-siakan peluang ini...
untuk lebih dekat dengan Mu
Berikanlah kekuatan untuk terus bersamaMu setiap detik
mengalunkan kebesaranMu, Permudahkanlah HambaMu ini...
Amin Ya Rabbal Al amin Read more...

Isnin, 11 April 2011

...merantau lagi...

...merantau...
...mencari satu rantaian kehidupan...
...mengenal isi alam serta kehidupan...
...memahami ragam manusia yang pelbagai..
...menempuh ranjau mengukuhkan ketabahan...

...merantau...
...bermula dibawah bayu...
...meneruskan impian dan harapan...
...menjejak ilmu mengukuh azam....
...membina legasi dalam sejarah diri...

...merantau....
...mencari isi dalam kekosongan diri...
...walau tawa menjadi teman...
...sedangkan tangisan sering berkumandang...
...akui dengan rahmat Tuhan...
...moga satu ketika kedamaian diciptakan...

...merantau....
...sehingga kini jauh dari pandangan....
...menyendiri dibalik ketenangan...
...berbekal iman dan harapan....

...merantau....
...mencari kebahagian....
...acapkali dikasari hujan halangan...
...kesabaran menjadi pedoman...
...agar teguh tempuhi dugaan...

...merantau....
...satu ketika akan terhenti...
...tatkala malaikat memperlihatkan diri...
...nafas sesak menginsafi diri...
...pada Mu Ya ALLAH ku kembali...
...pada tempat yang lebih abadi...

...sEbALiK SaTu SeNyuMaN...mylove

... Read more...

Rabu, 9 Mac 2011

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

SUMBER DARI :
Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji

http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2011/03/kacang-soya-mengalih-kita-dari.html?spref=fb Read more...

Sabtu, 8 Januari 2011

MENCARI DAMAI

orang tu ada berpesan.."BUAT BAIK BERPADA-PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI"
diri selalu berdetik...MENGAPA perlu buat BAIK BIARLAH BERPADA-PADA?
diri selalu tertanya-tanya...apakah tidak boleh berbuat baik...?
diri selalu berfikir....apakah buat baik ada hadnya....?
diri selalu merenung....adakah ia satu sindiran atau ada muslihat disebaliknya?

Kini aku sedar,

Ada Hikmah Dari Kata-kata Itu,,,,,
Ada Kebenarannya Dari Pesanan Itu,,,,,
Ada Relevennya Nasihat Itu,,,,

Untuk SIAPA?

Untuk Manusia YanG RELA MEMBAKAR DIRI UNTUK ORANG LAIN...
Untuk Manusia YanG RELA MEMPERHAMBAKAN DIRI UNTUK ORANG LAIN...
Untuk Manusia Yang RELA MENGIKAT PERUT UNTUK KESENANGAN ORANG LAIN....
Untuk Manusia Yang RELA MENJUAL DIRI UNTUK KEBAHAGIAN ORANG LAIN...

HIDUP INI HANYA SEKALI..MAKA GUNAKANLAH KEHIDUPAN INI DENGAN BIJAKSANA...
AKU JUA TIDAK TERLEPAS DENGAN KEADAAN INI....
MAKA AKU JUGA PERLU BIJAKSANA DALAM ATURAN CORAK HIDUP INI
MEMANG BENAR AKU RELA SEPERTI INI..
TAPI AKU JUGA TIDAK RELA DIPERBODOHKAN
OLEH MANUSIA YANG HANYA SUKA AKAN KESENANGAN TANPA PERLU SUSAH PAYAH
OLEH MANUSIA YANG HEBAT SEGALANYA
OLEH MANUSIA YANG SUKA DAN BIJAK DAN BERBICARA WALAUPUN HAKIKATNYA TIDAK
OLEH MANUSIA YANG SUKA MENUNJUK KEPANDAIAN DAN KEHEBATANNYA

FIKIRLAH WAHAI AKU ....APAKAH AKU AKAN TERUS BEGINI.... Read more...