Jumaat, 12 November 2010

TAWA DALAM TANGISAN

kata orang...hidup xsemestinya indah....
kata orang...kita selalu merancang dan mengharap...tetapi selalu gagal...
kata orang...selalu apa yang kita nak..itulah yang kt xkan dapat...
kata orang...selalunya kejayaan yang diimpikan nammun kegagalan yang menjelma..

aku tergolong dalam org yang pernah gagal...
aku sudah biasa dengan kegagalan dan penderitaan..
aku sudah acap kali menempuh ranjau dan dugaan yang sukar...
aku masih lagi gagal dalam mencari erti kehidupan.....

tapi kata arwah ayah....
,,,,idup jangan menyusahkan orang lain
,,,,kena banyak bersabar kerana orang bersabar amat disukai oleh ALLAH
,,,,bahagiakanlah org disekelilingmu walaupun dirimu terpaksa berkorban

aku masih lagi dalam perjalanan....
masih berjalan dibumi fana mencari erti kebahagian....
aku masih lagi diperjalanan...
masih mencari kekuatan dan kesabaran.....
aku masih lagi diperjalanan....
masih mencari sebuah pengharapan....

dan aku tetap aku
REDHA DENGAN KETENTUAN ILAHI...
KERANA DIA MAHA SEGALANYA... Read more...

Jumaat, 20 Ogos 2010

Hukum Kerja Peguam, Saksi & Penjamin Pinjaman Bank

Soalan :

Pak Di :

1. adakah perbankan Islam sekarang sudah mampu memberi ruang pekerjaan kepada beribu-ribu pegawai bank Muslim di bank konvensional?

2. Kalau macam tu, adakah lawyer S&P pun dapat duit haram sebab klien nak pinjaman konvensional, bukan BBA?



Jawapan :


1) Benar, memang belum cukup, bagi yang berminat untuk mengetahui hukum kerja di bank, insuran dan pelaburan bercampur konvensional, sila rujuk http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=240&Itemid=63

Kesimpulan saya dalam hal ini adalah, kerjaya itu tertakluk kepada jenis pekerjaan anda, tuidak semua yang bekerja di bank, syarikat insuran dan pelaburan perlu berhenti. Ia bergantung kepada direct atau tidaknya seseorang. Ini perlu penjelasan yang panjang pula, cuma boleh buka link di atas untuk memahami erti 'direct' dan tidak.
Justerum, yang pasti haram adalah seperti yang bekerja berkempen sebagai marketing executive, manager atau agent kepada produk home loan, credit card, car loan, saham yang tidak diluluskan Shariah. Hanay terhad kepada bentuk jawatan seperti ini.



2) Jawapan soalan En. Pak Di ni adalah datang dari hadith nabi yang banyak dan juga dari ayat Al-Quran, antaranya :-

a-Ayat Al-Quran : "Dan janganlah kamu Bantu membantu dalam urusan dosa dan permusuhan"

b- Hadith : "Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapiia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

c- Hadith : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

Keterangan : Ingin saya jelaskan di sini bahawa erti dari hadith ini merangkumi :-

*
Pemakan Riba : Iaitu semua yang mengenakan Riba terhadap dalam pinjamannya. Dan yang menjual item Ribawi secara Riba lalu memakan untungnya, Termasuklah di dalamnya pelaburan secara ‘Fixed Depsoit' yang memberikan jaminan untung yang sebenarnya adalah Riba secara sepakat ulama.
*
Pemberi Riba : Termasuklah orang ramai yang menggunakan khidmat yang berunsur Riba. Walaupun dengan niat tidak redha, sedangkan ia boleh memilih perbankan Islam. Dalam konteks semasa adalah pengguna kad kredit, pengguna perkhidmatan perbankan konvensional dan lain-lain.
*
Saksi : Termasuk dalam golongan ini orang yang memberi lesen, kontrak dan perniagaan kepada industri Riba. Ia adalah saksi yang meluluskan transaksi Riba, sebagaimana tugas saksi. Termasuk juga penjamin-penjamin kepada pinjaman dengan Riba, samada pinjaman pelajan, perniagaan dan lain-lain.
*
Penulis : Termasuk golongan ini adalah peguam yang merangka dokumen perjanjian pinjaman bank, insuran dan pelaburan konvensional.


d- Hadith Nabi SAW : "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya." (Riwayat Muslim)

Keterangan : Dalam hal ini, walaupun hadith ini menceritakan bab arak, tetapi ia merangkumi semua keterlibatan dalam hal yang diharamkan, terutama Riba yang lebih besar dosanya dari arak.

e- Hadith : "Apabila riba dan zina sudah merata di suatu daerah, maka mereka telah menghalalkan dirinya untuk mendapat siksaan Allah." (Riwayat Hakim; dan yang seperti itu diriwayatkan juga oleh Abu Ya'la dengan sanad yang baik)

Keterangan : Maka, hubung kait peguam yang menyediakan dokumen pinjaman riba adalah secara langsung menyebar luaskan lagi riba di suatu daerah. Justeru, hukumnya amat jelas.


Serta banyak lagi dalil-dalil lain yang semuanya mengulang maksud-maksud dalil di atas tadi.

Justeru, dari kumpulan dalil-dalil ini, maka soalan pakdi terpaksa saya jawab dengan jelas bahawa, amat tepat bahawa semua peguam-peguam yang tolong menyediakan dokumen riba, maka secara nas hadith, mereka termasuk dalam kategori hadith (c) samada dengan suka atau tidak. Samada ada bisnes atau tutup kedai. Tiada hujah masalahat boleh diguna dalam hal ini. Ia berbeza dengan kerja di institusi konvensional secara tidak ‘direct'.

Jika ditanya, bagaimana ribuan peguam hari ni? jawabannya pertama saya adalah Allah SWT menyebut " Dan jika kamu menuruti orang yang ramai di atas muka bumi ini maka mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah" (Al-An'am : 116).

Ini bermakna, jumlah yang ramai dan diamalkan di seluruh dunia tidak boleh menjadikan sesuatu yang haram itu halal kecuali apabila dalam keadaan tiada pilihan lain dan ia pula terdiri dari jenis hokum yang tidak ada nas specific atau dalamkata lainnya ‘Zhonniyah' iaitu tidak Qat'ie. Bagaimanapun Riba tidak termasuk dalam kategori ini, kerana pengharamannya adalah PUTUS (QAT'IE- Tidak berubah menurut zaman).

Bagaimanapun, para peguam masih boleh mendapat wang yuran melelaui aktiviti lain, seperti mendapatkan bisnes merangka draf atau dokumen jual beli rumah yang biasa, sewa dan yang lain-lain yang tidak melibatkan Riba. Ia adalah 'neutral' @ Harus dari sudut hukum.

Jika ada pula yang ingin berhujjah menggunakan hadith :-

ليأتينّ على الناس زمان لا يبقى أحدٌ إلا أكل الربا فإن لم يأكله أصابه من بخاره

Ertinya : Akan datang satu zaman dimana tidak terkecuali seorang pun kecuali ia makan Riba dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya" (Riwayat Abu Daud)

Bagaimanapun, hujjah ini tidak boleh diterima untuk bersikap senang-senangan dengan Riba terutamanya tahap hadith ini yang lemah menurut Imam Al-Munziri kerana perawinya bernama Al-Hasan tidak pernah bertemu dengan Abu Hurairah r.a (ini kerana menurut hadith ini dikatakan al-Hasan mendapat kata-kata Nabi SAW ini dari Abu Hurairah) - Rujuk Sunan Abu Daud dengan tahqiq Albani, hlm 374, no 3332. cet Bayt Al-Afkar.

Kesimpulan jawapan soalan kedua ini adalah, ye benar, jika yuran guaman itu diterima hasil merangka dan membuat dokumen pinjaman Riba. Ia adalah wang haram secara sepakat berdasarkan dalil-dalil di atas.


Soalan PAK DI :

Apa beza orang yang bekerja di perbankan riba' dengan seorang peguam jenayah yang menggunakan penal code


Secara umum ia adalah sama, cuma terdapat perbezaan sedikit dalam hal ini adalah kerana hukum Riba adalah Qati'e sebagai haram dan tidak berubah mengikut zaman dan keadaan, tiada pula bentuk hukuman Riba yang ringan, yang ada hanya satu jenis dosa sahaja. Berbeza dengan hukuman undang-undang Shariah yang terdapat dua peruntukan, iaitu Hudud dan Takzir (Hukuman denda selain hudud yang diputuskan oleh pemerintah Islam menurut maslahat).

Justeru, ‘panel code' ini, bolehlah saya kategorikan dalam jenis Takzir dari pandangan Islam, dengan syarat ia difahami sebaiknya oleh pengamal undang-undang yang beragama Islam itu bahawa apa yang ditegakkannya di mahkamah bukanlah membuang dan mengenepikan hukum Allah SWT, tapi adalah hanya kerana hukum Allah belum diwartakan, lalu kerana sebab itu mereka menggunakan hukum takzir terlebih dahulu terutamanya di ketika tahap bukti-bukti tidak mencecah tahap yang mengharuskan hudud.

Jika begini keadaan nya, maka saya boleh kata, adalah boleh kerjaya seorang peguam civil itu, dan ia berbeza dengan Riba yang jelas. Adapun hukuman jenayah, banyak bentuk dan jenis dalam Islam juga.

Kerana itu jugalah, semua Hakim Syarie yang menghukum zina dengan hukum mahkamah Shariah yang tidak menurut hukum Al-Quran secara sepenuhnya hari ini, perlu berniat dalam hatinya dan iktiqadnya bahawa hukuman 3,5,6 yang dijatuhkan adalah ta'zir sahaja dan bukan menukar hudud kepada 3,5,6 yang ditentukan manusia.

sumber rujukan
Ust Zaharuddin

http://www.zaharuddin.net/ Read more...

Jumaat, 18 Jun 2010

Wangian aroma yang halal lagi menyucikan

Sekiranya saya berminat hendak menyertai konsep pemasaran affiliate ini, apakah yang perlu saya lakukan?
Anda hanya perlu lakukan enam perkara iaitu :
1. Daftar di http://www.aroma2u.biz/myazman
2. Buat pembayaran.
3. SMS info pembayaran.
4. Promosi URL anda.
5. Terima Ujrah tajaan terus
6. Terima Ujrah kumpulan.
7. Terima Ujrah persaraan.

Bagaimana saya hendak mengaktifkan status web saya?
Lakukan pembayaran ke akaun syarikat Energy Builder Network
(CIMB - 12320003598-050 maybank - 562021605516) dan
SMS kepada Admin:

AROMA

Hantar ke: 019-3606134

Anda juga boleh mengaktifan diri anda sendiri atau melalui upline anda dengan syarat e-wallet mencukupi.

Pastikan dirimu sentiasa dikelilingi haruman yang mnyucikan lagi halal

maklumat lanjut emailakna kepada : myazman@yahoo.com Read more...

Rabu, 16 Jun 2010

LaYaNan IsTiMEwA?


INSTITUSI pendidikan di negara maju kini berdepan krisis serius apabila ramai pihak terutama ibu bapa mula mempertikaikan kemampuan guru dan institusi pendidikan mendidik anak mereka. Meskipun mereka cuba mempertahankan pendirian dengan menyatakan masih mampu memberi perkhidmatan terbaik, kebanyakan ibu bapa dan masyarakat tetap tidak berpuas hati dan menganggapnya sebagai janji kosong."Bagaimana kami mahu percaya sedangkan anak-anak merungut guru di kelas kurang beri perhatian, tidak menyemak buku dan gemar menghabiskan masa menyelesaikan masalah peribadi?
"Perlukah kami percaya kata-kata mereka?" kata seorang ibu yang berang apabila anaknya yang berusia 12 tahun menceritakan keadaan yang berlaku di sekolah.Krisis pendidikan itu bukan saja disebabkan rasa tidak puas hati kepada guru malah kemudahan di sekolah berat sebelah terutama kepada golongan kurang berkemampuan. Bagaimanapun, kekalutan dan ketegangan itu ditangkis sebahagian pakar pendidikan yang menganggap ibu bapa terlalu menuntut layanan istimewa daripada institusi pendidikan.
Mereka menganggap guru terlalu dibebankan dengan tanggungjawab lain namun tiada siapa prihatin sebaliknya hanya tahu membuat tuduhan melulu.Pakar pendidikan Pusat Statistik Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, William Hussar, berkata ibu bapa dan masyarakat terlalu mendesak, inginkan kesempurnaan dan gagal memahami masalah orang lain.

"Mereka mahukan yang terbaik tapi jangan biarkan keinginan itu terlalu menguasai diri malah tiada sesiapa yang sempurna."Guru manusia biasa yang ada pelbagai masalah. Mereka mahu memberikan komitmen tapi kadang kala bukan semua mampu memenuhinya. "Tidak adil hanya kerana masalah itu mereka perlu menerima kecaman dan dihentam tanpa peluang membela diri," katanya.
Meskipun sikap masyarakat negara maju lebih terbuka, ada segelintir enggan menerima penjelasan dan menjadikan isu sedia ada lebih panas.Memburukkan keadaan apabila isu taraf institusi turut diheret dengan ibu bapa melabelkan sekolah awam sebagai tidak profesional berbanding swasta.
Menurut Hussar, perbandingan itu bukan saja akan melemahkan semangat guru dan menjatuhkan standard institusi awam tapi memburukkan lagi keadaan."Apabila taraf institusi dipertikaikan, komitmen guru akan tergugat, tiada keadilan, kualiti pembelajaran merosot sekali gus merencat segala usaha direncanakan selama ini."Sepatutnya, semua pihak bekerjasama untuk mengatasi kemelut ini kerana jika tidak ditangani segera, ia akan meninggalkan impak lebih parah kepada masyarakat dan negara," katanya.

Pada masa ini, Amerika Syarikat (AS) mempunyai 3.2 juta tenaga pengajar pelbagai institusi dan lebih separuh daripada mereka mempunyai kelayakan tinggi seperti profesor dan pensyarah manakala ada juga berpengalaman luas seperti bekas guru. Menurut Hussar, meneliti kelayakan sedia ada, tidak mungkin timbul pertikaian mengenai kemampuan guru mendidik pelajar dan beranggapan isu berkenaan sengaja diperbesarkan.

"Apabila isu remeh diperbesarkan, ia pasti menyebabkan keseluruhan institusi guru dipersalahkan."Jika ada masalah, berbincang secara berhemah, tidak perlu tuduh menuduh atau melakukan provokasi kerana tiada siapa yang sempurna," katanya.Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas pakar kajian sosial dan pendidikan, Dr George Capple yang menganggap Hussar terlalu membela guru dan tidak mahu memahami masalah dihadapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat.

"Kenyataan itu berat sebelah. Salahkah jika ibu bapa dan masyarakat mahukan pendidikan berkualiti."Ibu bapa dan masyarakat bukan mahukan kesempurnaan tapi komitmen."Malangnya guru lalai dan sibuk dengan agenda peribadi sehingga mengabaikan tanggung jawab mendidik pelajar," katanya. Read more...

Ahad, 30 Mei 2010

..MeMaNcinG...Di LauTan...BirU..


BeSaR PunYe...Amir PeManCing TeGar..

..AkSi PeMancIng..diTengaH LautaN...

...hahhaha..AkhirNya....daPek Gak Den IkaN..

..Hero RemajA ....NElaYaN... Read more...

Sabtu, 29 Mei 2010

CeraMaH KerJaYa..


wajah-wajah pelajar terbaik mrsm kopu

Khusyuknye pelajar-pelajar MRSM Kopu Mendengar Ceramah


Ceramah kerjaya oleh Tuan Nasharudin Hj Abdul Majid Read more...

Isnin, 10 Mei 2010

HIKMAH SUJUD



Hikmah sujud - Sujud melegakan sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:


- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Read more...

Rabu, 28 April 2010

PanTunKu...HihIHIhihhi


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.



Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... camne rasa
membazir tak masa?
Read more...

Ahad, 25 April 2010

TuLaNg RuSuK Ku....



WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dancinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"



Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... .

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan dilafazkan. Kerana akan semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan setanding dengan akibat yang akan diterima?? RENUNGKANLAH WAHAI SAHABAT...
Read more...

Sabtu, 24 April 2010

CinTA Si LAyaNg-LAyaNg

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..

Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..


Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..

Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..

Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk Nya..
Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...
kita manusia.....??? Renung-renungkan kerana manusia itu istimewa dari sekalian makhluk...dianugerahkan akal untuk berfikir...gunakanlah nikmat akal dengan sebaik-baiknya....
Read more...

Selasa, 20 April 2010

MASIHKAH AKU DIPERLUKAN......


TATKALA MERENUNG HARI BERLALU....
BAGAI ADA SESUATU YANG MENJADI KEBIMBANGAN...
SESUATU KATA YANG BISA MEROBEK PERASAAN....
MENJADI DIRI TAKUT AKAN KEBINASAAN....

SELAMA BERBAKTI MENABUR JASA DAN KERINGAT...
TERINGAT PESAN ARWAH AYAH....
BERBAKTILAH DENGAN KEIKHLASAN....
PENUHILAH TANGGUNGJAWAB DENGAN KESUNGGUHAN....

NAMUN MASA SESAAT PANTAS BERLALU...
MENGEJAR MINIT DAN JAM SEHINGGA MENTARI JATUH DIUFUK BARAT..
HARI BAERGANTI HARI...
MINGGU BERGANTI MINGGU....
DAN AKU MASIH DISINI.....



MASIH MENCARI KEKUATAN DAN MENGATASI KELEMAHAN...
NAMUN MANUSIA SUKA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN....
BAGI MENUTUP RUANG KELEMAHAN DIRI....
TERASA BAGAIKAN DIRUANG KANAK-KANAK....
IBARAT BARU BERTATIH.....MENGESOT UNTUK BERDIRI DAN BERJALAN...

AKU SEDAR AKAN KEMAMPUAN DIRIKU....
MAAFKAN AKU ANDAI IA BENAR-BENAR KELEMAHANKU...
KU SEDAR DIRI INI TIDAK SEMPURNA..
KERANA DIRIKU ADALAH AKU........

KERNA SUATU MASA NANTI...
BIAR TANGISAN MENGIRINGIKU PERGI....
BIAR HIBA BILA KU TIADA DISISI...
BIAR SUKAR MENCARI PENGGANTI.....
BIAR SEDAR PERLUNYA INSAN INI......
Read more...

Sabtu, 3 April 2010

KeNaNgan BersAma PeLaJar SMK TekNik KL


ikatan kasih simpulan sayang...

take cover......ati-ati da bom.....

...mencapai impian.......capai ke? Read more...

Di Puncak GuNuNg GajaH TerOM 12900M


aKhiRnya GunUnG yANg TiNggI Ini BerjaYA Di DaKi.... Read more...

apa itu KAUNSELING?



Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.


Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
• Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
• Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.
Read more...

Rabu, 31 Mac 2010

KARTINI



KaRTiNi- SeBuaH CeRiTa....iLusI dan GamBaraN SebuaH KisaH.....Apa KaiTan DeNgan DirIku...WaLaU Ia SeBuah LakARan PeLukis Dan PeNCeriTaaN DIaNGGAp doGenG NamuN ada SeSuatU Yang IngiN DiSamPAikan.......TeRsiraT Dan TerSurAt..PengOrbaNan Dan PenDerItaAn..PerCintAAn DaN KasiH SAyanG dan Yang PentinG PengaLAman PersEkoLahaN...TapAk ASas DalaM KehiDUpaN.....KerAna DiA, AKu Dan DiriMu..MenjaDi ManUSIa...
Read more...

Selasa, 30 Mac 2010

SENYUM SEINDAH SURIA


SENYUM adalah perhiasan dunia
SENYUM adalah bahasa dunia
yang menunjukkan keceriaan
membawa maksud bagi umat manusia

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna..

SEWAKTU kita berhubung dengan orang lain, sewajarnya kita SENYUM

SENYUM adalah jalan pintas bagi anda mengatakan anda menyukai seseorang

SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat kamu adalah satu sedekah..

SENYUM adalah jambatan perhubungan persahabatan

SENYUM adalah satu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM



SENYUM harus ada ketulusan

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak menyenangkan, sama sahaja dengan kening yang berkerut

Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakan 40 otot untuk bekerja..BAYANGKANLAH!!

Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan

Bila kita SENYUM kat orang, orang itu akan SENYUM balik pada kita

Orang akan merasai dihargai apabila kita senyum padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita..Lantas, mengapa kita tidak muliakan? Muliakan dengan diri kita.

SENYUMlah dengan orang yang anda tidak kenali hari ini, insya-ALLAH dia akan membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan..William Shakespear ada menyatakan..apa yang anda kehendaki adalah lebih cepat daripada memotong lidah dengan pedang adalah SENYUMan..

Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup anda

Bila berhadapan dengan keadaan susah, SENYUMlah..

Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?

Pujangga menyebut.."SENYUMan itu kelopak" - tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya..

So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak berpura - pura. Kerana yang bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang melihat SENYUManmu itu mendapat barakah..

Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan SENYUMan..bahaya!
Read more...

Ahad, 28 Mac 2010

SALAH SIAPA?

Cikgu Kelas yang tadi bercempera tiada guru,kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin dan amat mengerikan.
Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini.
Nama cikgu ialah ?
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi
sahaja? Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun
ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.



Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-
baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tenteng
perkataan berlawan. Bila
cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab
dengan sepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya
keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid- murid merasa lega
kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau
bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua
soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang
lagi....namun cikgu tadi tetap bingung kerana masih menyoalkan
SALAH SIAPA?
Read more...

Isnin, 22 Mac 2010

MeNanTi saTu PeNgHaRapaN

Menanti......
satu pengharapan......
apakah ia satu kekecewaan......
atau rungutan bagi insan yang lemah.....
hanya tahu berkata-kata tanpa tindakan.........
tanpa usaha tanpa tanggungjawab....
hanya menunggu...
ibarat menanti bulan jatuh ke riba....
ohhhhhhh......



Menanti.....
satu pengharapan......
apakah benar manusia suka membuang waktu...
hanya menanti takdir menentukan jalan hidup...
atau sekadar mengharap ihsan manusia sempurna......

Menanti.......
satu pengharapan......
mungkin benar manusia itu selalu mengharap.....
mungkin benar manusia itu lemah.....
namun pengharapan apakah?
sehingga yang diharap dikeji,dimaki,diperalat untuk kesenangan diri.....
habis madu sepah dibuang......?
apakah itu pengharapan....?
atau penyeksaan bagi orang yang membantu.......

Menanti....
satu pengharapan....
membantu ketika terdaya....
jangan mengharap terlalu tinggi.....
ingin membantu...bukan ingin dimaki
berkongsi dan bersama mengharap
menanti satu pengharapan.....
harapan REDHA YANG MAHA KUASA
agar berkat hidup.............
seorang insan biasa........
Read more...

Khamis, 18 Mac 2010

RAHSIA PEMAKANAN ISLAM

RAHSIA PEMAKANAN ISLAM
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :


1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangny a segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.
Read more...

Rabu, 17 Mac 2010

aku...dia dan sesuatu.....




.........aku dia dan sesuatu........
bermulanya satu langkah dari sindiran seorang guru........
mencari ilmu tanpa jemu.....
perlu diamal jangan diragu.....
supaya ilmu kekal bersatu......
menjadi pedoman dalam hidupku...

......tahniah dan terima kasih......
mengejutkan diriku dari lamunan....
supaya sedar .......
perjalanan masih panjang tanpa hentian....
agar cita-cita sentiasa dalam genggaman....
kerana.............................................................
aku, dia dan sesuatu.........
Read more...